Follow

Laman Web

      

A- A A+


Th. Hj. Wan HUjja 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Politeknik Hulu Terengganu. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Pentadbir laman web rasmi PHT kerana berjaya membangunkan sendiri laman web rasmi PHT sejajar dengan perkembangan yang kian pesat dalam Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) sekaligus dapat menyampaikan maklumat-maklumat terkini kepada orang awam dengan mudah dan cepat. Dengan pembinaan laman web rasmi PHT ini telah membuka lembaran baru yang bertujuan memperkenalkan PHT kepada masyarakat tempatan khususnya dan negara luar amnya

Dengan kekuatan kakitangan seramai 65 orang yang terdiri daripada pelbagai kelulusan dan hampir 500 orang pelajar, PHT berazam untuk melahirkan graduan berketrampilan berlandaskan kepada kecemerlangan staf, pengurusan serta prasarana yang kondusif dalam menjana pembangunan modal insan negara serta beriltizam menjadi Institusi pendidikan terunggul dalam melahirkan teknorat separa profesional.

PHT juga sentiasa komited dan bersedia memberi perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti selari dengan hasrat untuk mencapai kepuasan hati pelanggan. Diharap dengan ada nya laman web ini akan dapat memberi lebih maklumat dan informasi yang terkini tentang politeknik secara amnya dan mengenali PHT dengan lebih mendalam lagi.

Sekian, bersama menuju kegemilangan.

TN.HJ. WAN MOHD HUJJATULLAH B. WAN GHAZALI A.N.S
Pengarah
Politeknik Hulu Terengganu