Follow

Laman Web

      

A- A A+

v4 1

Latar Belakangpszma

Politeknik Hulu Terengganu atau dengan singkatannya PHT merupakan salah sebuah politeknik di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia memulakan operasi pada 2 Mei 2008 di Politeknik  Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dengan menawarkan 2 program utama iaitu Diploma Perakaunan dan Diploma Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti.

phtold

 

Pada Jun 2010, PHT telah memindahkan operasi ke Daerah Hulu Terengganu dengan menyewa salah sebuah bangunan yang dimiliki oleh Majlis Daerah Hulu Terengganu di Bandar Kuala Berang.

 

 

 

phtnow

Kini, PHT mempunyai hampir 500 orang pelajar dengan kekuatan kakitangan seramai 65 orang yang terdiri daripada pelbagai kelulusan. Antara jabatan utama yang terdapat di PHT ialah Jabatan Perdagangan, Jabatan Pelancongan & Hospitaliti dan Jabatan Pengajian Am.

Selaras dengan visi dan misi KPT, PHT menawarkan beberapa kemudahan kepada para pelajar dan kakitangan seperti bilik kuliah, makmal komputer, bilik MICE, perpustakaan, surau, kiosk dan sebagainya. Bagi menambahkan lagi keselesaan, PHT juga mengadakan kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti Majlis Daerah Hulu Terengganu untuk menyediakan kemudahan seperti dewan, padang, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan juga kemudahan akses Perpustakaan Awam Hulu Terengganu.