Follow

Laman Web

      

A- A A+

 

Amali Rekreasi Marin (Renang) diadakan selama 3 hari bermula 15 Januari 2018. Program ini diadakan di Green Acres Golf Resort. Antara objektif amali ini adalah untuk memastikan semua pelajar yang mengikuti amali ini berjaya menguasai kesemua kemahiran yang dipelajari iaitu penyelamatan di air, renang kuak dada serta gaya bebas. Selain itu, amali ini dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran dalam sukan renang dalam kalangan pelajar.

  manicure

  Amali Renang ini merupakan satu pembelajaran yang perlu pelajar ikuti bagi mempertingkatkan kemahiran dan kebolehan pasaran pelajar yang mana mempunyai pelbagai kemahiran yang dapat membantu industri pelancongan pada masa akan datang. Kemahiran asas renang iaitu kuak dada yang dipelajari pelajar selalunya diguna pakai oleh penyelamat renang semasa menyelamatkan mangsa. Selain itu gaya ini mudah dipelajari dan sesuai untuk aktiviti rekreasi.

Tenaga pengajar amali ini En. Mohd Azamrul bin Harun berkata dalam kemahiran asas menyelamat yang diajar, pelbagai cara dan panduan yang boleh dilakukan bertujuan untuk menyelamatkan mangsa daripada menghadapi situasi yang lebih merbahaya seperti situasi yang boleh membawa kepada kematian, kecederaan atau kecacatan berpanjangan dan sebagainya. Pelajar dalam amali ini bersemangat dalam mempelajari semua teknik yang diajar.

manicure

 manicure

  manicure