Follow

Laman Web

      

A- A A+

Kempen Derma Darah telah dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar PHT dengan kerjasama Unit Tabung Darah, Hospital Sultanah Nur Zahirah. Program ini diadakan di Bilik Seminar Politeknik Hulu Terengganu pada 15 Januari 2018.

Program ini diadakan kerana terdapat permintaan yang tinggi terhadap bekalan darah di HSNZ serta bertujuan untuk PHT sama-sama menyumbang dalam membekalkan darah yang selamat dan mencukupi untuk kegunaan pesakit di HSNZ.

 

  dermadarah
manicure  

Kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga PHT yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan PHT. Selain itu, terdapat juga orang awam yang menjayakan kempen ini. Seramai 57 orang telah menderma darah. Jumlah penderma pada kali ini meningkat dari tahun lepas yang mana menunjukkan PHT prihatin dengan darah yang didermakan dapat menyelamatkan nyawa.

Pengarah program En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob berkata objektif program ini adalah untuk memupuk kesedaran dan menggalakkan warga PHT menderma darah selari dengan tanggugjawab sosial kepada masyarakat dan negara. Beliau juga menyatakan kempen ini akan diadakan pada bulan Julai dan terbuka kepada orang ramai

  

manicure manicure