Follow

Laman Web

      

A- A A+

Pengenalan

Unit Latihan Pendidikan Dan Lanjutan adalah unit yang dipertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program-program latihan bagi tujuan memperkasa aspek kompetensi pengajaran serta pembangunan potensi diri di kalangan staf Politeknik Hulu Terengganu. Objektif ini selari dengan dasar yang telah ditetapkan oleh bahagian Sumber Manusia Sektor awam iaitu setiap angota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri / dilengkapkan dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian, melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.

Sehubungan itu Unit latihan Pendidikan Lanjutan telah dipertanggungjawabkan bagi merialisasikan sasaran 10 hari berkursus bagi setiap staf seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP). Melalui jalinan kerjasama di antara ULPL PHT dengan semua jabatan dan unit maka matlamat dan dasar yang telah ditetapkan dapat dilaksanakan.

Selain kursus dalaman, ULPL juga melaksanakan Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang merupakan perlaksanaan pelbagai aktiviti pembelajaran yang boleh diikuti semua lapisan masyarakat dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan ketampilan individu seterusnya menyumbang kepada masyarakat dan alam pekerjaan.

Objektif

  • Berusaha supaya staf PHT menghadiri kursus/seminar/bengkel sekurang-kurangnya 10 hari dalam setahun.
  • Memastikan Jadual Perancangan Latihan Staf  dilaksanakan sekurang-kurangnya 80% dalam setahun.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 80% kursus/seminar/bengkel yang dilaksanakan adalah berdasarkan keperluan perkhidmatan, penambahbaikan kualiti perkhidmatan dan peningkatan kompetensi.

Carta Unit

carta ULPL