Follow

Laman Web

      

A- A A+

Pengenalan

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) adalah salah satu jabatan penting di PHT. Ia khususnya ditubuhkan untuk memberi khidmat berkenaan kebajikan pelajar. Pelbagai pendekatan telah diambil dan beberapa perubahan juga telah dibuat dari segi pentadbiran dan pengurusan sistem bagi membolehkan perkhidmatan terbaik dan cekap diberikan kepada pelajar. HEP bersama-sama bertanggungjawab menghasilkan graduan yang berilmu dan berakhlak mulia.

Fungsi

  • Membantu pelajar-pelajar PHT dari segi kebajikan, keselesaan dan keselamatan serta menyelaraskan urusan bantuan kewangan dan biasiswa.
  • Mewujudkan tabung khas seperti Tabung Kebajikan Pelajar dan Tabung Kecemasan Pelajar.
  • Membantu pelajar mendapatkan kemudahan penginapan.
  • Menyelaraskan aktiviti dan pergerakan pelajar di sekitar politeknik serta aktiviti bersama institusi-institusi pendidikan lain dan pertubuhan luar, bagi memastikan pelajar memenuhi keperluan kerohanian dan keperluan global. Ini juga dapat memberi pendedahan awal.

Perkhidmatan yang disediakan

  1. Menguruskan kemasukan pelajar
  2. Menguruskan bantuan kewangan
  3. Menguruskan insuran pelajar
  4. Menguruskan permohonan pindah pelajar
  5. Menguruskan penangguhan pengajian pelajar
  6. Mengeluarkan surat pengesahan pelajar kepada pihak-pihak berkenaan

Carta Unit

cartaHEP