Follow

Laman Web

      

A- A A+

Pengenalan

Unit Perhubungan Dan Latihan Industri (UPLI), PHT diketuai oleh seorang Ketua Unit (KUPLI) dan dibantu oleh seorang Penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ). Unit ini berada di bawah pemantauan TPA.

 

Objektif


• Mencapai sekurang-kurangnya 98% kelulusan untuk semua pelajar yang menjalani latihan industri pada satu-satu semester dan sekurang-kurangnya 45% daripada lulusan tersebut mendapat kelulusan yang cemerlang.
• Melaksanakan 100% pemantauan ke atas semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri pada satu-satu semester.

Perjawatan

Unit ini di kuatkan dengan tenaga kerja yang terdiri daripada :

Bil Jawatan Penyandang
1 Ketua Unit Perhubungan Dan Latihan Industri (KUPLI) DH48 (M) Maznah Binti Haji Abdullah
2 Mohd Azamrul Bin Harun Mohd Azamrul Bin Harun

 

Fungsi

Fungsi unit ini adalah seperti berikut :

Sebelum Pelajar Menjalani Latihan Industri:

  • Menyediakan takwim aktiviti latihan industri, data pelajar yang akan menjalani latihan industri, jurnal refleksi dan garis panduan latihan industri politeknik.
  • Melaksanakan proses pendaftaran kursus pelajar yang akan menjalani latihan industri.
  • Melaksanakan taklimat pengenalan latihan industri kepada pelajar
  • Menguruskan permohonan tempat latihan industri pelajar.
  • Melaksanakan taklimat persediaan latihan industri.
  • Menguruskan persediaan pelajar untuk melapor diri di organisasi latihan industri.

Semasa Pelajar Menjalani Latihan Industri:

  • Menerima dan menyimpan kad pengesahan lapor diri dan kad maklumat pelajar dari organisasi.
  • Memantau masalah pelajar semasa latihan industri.
  • Merancang dan menyelaras aktiviti pemantauan latihan industri.
  • Menyediakan statistik pemantauan latihan industri.
  • Memaklumkan pendaftaran pengesahan tamat latihan industri.

Selepas Pelajar Menjalani Latihan Industri:

  • Melaksanakan pendaftaran tamat latihan industri.
  • Melaksanakan proses penilaian latihan industri.
  • Menyediakan statistik keputusan latihan industri.

Carta Unit

 UPLI