Follow

Laman Web

      

A- A A+

Pengenalan

Sukan merupakan aktiviti yang tidak kurangnya diberi perhatian di setiap institusi pengajian tinggi. Selain bidang akademik, para pelajar juga dikehendaki mengambil dua modul dalam bidang sukan sebagai melengkapkan aktiviti pengajian mereka di PHT. Unit Sukan dan Kokurikulum telah diamanahkan untuk mentadbir dan menguruskan segala aktiviti sukan dan riadah kepada seluruh warga PHT, sama ada staf mahupun para pelajar. Aktiviti ini termasuk aktiviti-aktiviti in door dan out door seperti permainan badminton, bola sepak, futsal, bola tampar, takraw, permaianan catur, caren, congkak dan lain-lain.


Fungsi / Peranan

  • Melaksanakan kursus kokurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran
  • Menganjurkan aktiviti sukan, kokurikulum dan kebudayaan di PHT
  • Mengimbangi sahsiah pelajar dari segi rohani, jasmani, fizikal dan intelektual

Objektif

  • Melaksanakan program pendidikan kokurikulum yang tidak melebihi 3 semester bagi setiap
  • Menyelaras segala aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar politeknik.
  • Sekurang-kurangnya 90 % pelajar lulus modul di setiap semester