Follow

Laman Web

      

A- A A+

edictionary edictionary2

T-EPOCKET DICTIONARY merupakan kamus bahasa Ingeris-Ingeris yang mengandungi terma-terma yang terdapat dalam bidang Pelancongan dan Hospitaliti. Ia merupakan satu aplikasi yang mudah dicapai oleh semua pelajar dan pensyarah untuk kegunaan harian. Bahan tambahan pengajaran dan pembelajaran ini dapat membantu pelajar dan pensyarah dengan lebih cepat untuk memahami dan mendapatkan maklumat yang diperlukan. Produk ini sangat berguna bagi pelajar terutama yang masih baharu dalam melancarkan proses pembelajaran dan pengajaran.

T-EPOCKET DICTIONARY adalah produk yang terhasil dari koleksi terma-terma yang sering digunapakai dalam bidang Pelancongan dan Hospitaliti. Produk ini menggunakan konsep kamus dalam talian yang boleh dicapai oleh semua melalui telefon pintar pada bila-bila masa dan di mana jua. Walaupun ia terhasil dari aplikasi yang ada sebelum ini, namun ia ada keunikan dan keasliannya yang tersendiri kerana kamus yang mengumpulkan terma-terma dalam bidang Pelancongan dan Hospitaliti secara dalam talian masih sukar untuk diperolehi buat masa ini.